Powered By Blogger

EJEN BANK BERDAFTAR (EBB) BSN


Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN







PERKHIDMATAN YANG DI TAWARKAN:

Bayaran Bill Anda
Deposit Wang Anda
Pengeluaran Wang 
Belian Tampa Tunai
Top Up HandPhone Anda
Sijil Simpanan Premium


    Logo Ejen Bank Berdaftar - 

    dilancarkan oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia











    Logo untuk Mengenal Pasti Ejen Bank Berdaftar


    Diterbitkan pada 15/08/2012
    Dalam usaha mencapai sektor kewangan yang lebih inklusif, Bank Negara Malaysia hari ini melancarkan rangka kerja perbankan ejen. Sebagai satu saranan dalam Pelan Sektor Kewangan, inisiatif ini membolehkan institusi kewangan meluaskan perkhidmatan mereka kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan (underserved), khususnya di kawasan luar bandar dengan cara yang lebih berkesan dari segi kos melalui penggunaan saluran runcit bukan bank.


    Ejen bank berdaftar akan menyediakan perkhidmatan perbankan asas iaitu menerima deposit dan memudahkan pengeluaran. Perkhidmatan perbankan asas lain yang boleh disediakan oleh ejen bank ialah pemindahan dana, pembayaran bil dan pembayaran balik pembiayaan. Semua transaksi yang dijalankan ialah secara masa nyata bagi melindungi kepentingan orang ramai.





    Pengenalan Perbankan Ejen
    Dalam usaha mencapai sektor kewangan yang lebih inklusif, Bank Negara Malaysia hari ini melancarkan rangka kerja perbankan ejen. Sebagai satu saranan dalam Pelan Sektor Kewangan, inisiatif ini membolehkan institusi kewangan meluaskan perkhidmatan mereka kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan (underserved), khususnya di kawasan luar bandar dengan cara yang lebih berkesan dari segi kos melalui penggunaan saluran runcit bukan bank.
    Ejen bank berdaftar akan menyediakan perkhidmatan perbankan asas iaitu menerima deposit dan memudahkan pengeluaran.  Perkhidmatan perbankan asas lain yang boleh disediakan oleh ejen bank ialah pemindahan dana, pembayaran bil dan pembayaran balik pembiayaan. Semua transaksi yang dijalankan ialah secara masa nyata bagi melindungi kepentingan orang ramai.


    Pada akhir bulan Julai, semasa operasi ‘percubaan’ perbankan ejen, lebih daripada satu juta transaksi bernilai lebih daripada RM190 juta telah dijalankan melalui 2,322 ejen bank yang mewakili tiga buah institusi kewangan yang mengambil bahagian.

    Bagi memastikan perbankan ejen dijalankan secara selamat dan diyakini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Perbankan Ejen kepada institusi kewangan. Garis Panduan ini menggariskan keperluan yang harus dipatuhi oleh institusi kewangan dalam bidang tadbir urus dan pengawasan, pengurusan ejen bank serta  perlindungan, kesedaran dan pendidikan pengguna.
    Semua ejen bank berdaftar akan mempamerkan logo kebangsaan perbankan ejen  bersama-sama dengan logo institusi kewangan masing-masing. Ini akan memudahkan orang ramai mengenal pasti ejen bank yang sah dan perkhidmatan perbankan asas yang disediakan.
    Untuk maklumat lanjut mengenai perbankan ejen, orang ramai boleh menghubungi talian penting institusi kewangan yang mengambil bahagian atau Bank Negara Malaysia di 1-300-88-5465.

    BSN AGRESIF PROMOSI PERKHIDMATAN PERBANKAN TANPA CAWANGAN

    Satu lagi inisiatif BSN untuk memperluaskan akses kewangan kepada 

    segenap lapisan masyarakat di Malaysia
























    Kakitangan BSN meberikan penerangan mengenai Perbankan Tanpa Cawangan

    Kuala Lumpur, 20 Februari 2012 – Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan aktiviti gerak gempur secara serentak di seluruh negara pada 18 dan 19 Februari 2012 bagi mempromosi perkhidmatan Perbankan Tanpa Cawangan (PTC) yang baru sahaja beroperasi pada penghujung bulan Januari 2012. Aktiviti yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada orang ramai mengenai perkhidmatan Perbankan Tanpa Cawangan dan seterusnya memperkenalkan ejen-ejen yang telah dilantik oleh BSN untuk melaksanakan perkhidmatan ini.

    Ketika aktiviti ini dijalankan, para petugas yang terdiri daripada kakitangan BSN telah membuat kunjungan dari rumah ke rumah bagi menghebahkan mengenai kewujudan ejen-ejen yang telah beroperasi dan memberikan penerangan terperinci mengenai kelebihan perkhidmatan PTC kepada orang ramai. Pada waktu yang sama, BSN juga turut membantu mereka untuk membuka akaun simpanan BSN bagi memudahkan mereka melakukan transaksi perbankan di premis ejen yang telah dilantik oleh BSN. Antara transaksi-transaksi yang boleh dilakukan adalah deposit dan pengeluaran wang tunai, pembayaran bil utiliti, simpanan Sijil Simpanan Premium (SSP), dan pembelian tanpa tunai.

    Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini berpeluang mendapat pelbagai manfaat seperti penjimatan masa, waktu operasi yang lebih fleksibel iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan tiada sebarang caj dikenakan ke atas pelanggan yang melakukan transaksi perbankan. Perkhidmatan PTC ini adalah merupakan satu inisiatif berterusan BSN untuk memberikan akses perbankan yang berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya yang berada di kawasan yang mempunyai akses perbankan yang terhad. Ini juga merupakan mandat utama BSN untuk terus menyediakan akses perbankan kepada setiap lapisan masyarakat terutama yang berada di luar bandar dan kawasan pedalaman dalam inisiatif rangkuman kewangannya (financial inclusion initiative).

    SHIMAYATI TRADING,
    LORONG IMAM WAHAB,
    JALAN KUKUSAN IMAM GALUNDANG,
    KAMPUNG TANJUNG BATU KERAMAT,
    PETI SURAT 2025,
    91045 TAWAU
    TEL: 0198074692

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan